
Bapa Tuhanku,
bentuklah anakku menjadi manusia yang cukup kuat untuk mengetahui kelemahannya, berani menghadapi dirinya sendiri di saat ketakutan, manusia yang bangga dan tabah dalam kekalahan namun tetap jujur dan rendah hati dalam kemenangan.
Bapa Tuhanku,
bentuklah anakku menjadi insan yang berusaha memunculkan cita-citanya dan tidak tenggelam dalam angan-angannya sahaja. Jadikan dia seorang anak yang sedar bahawa mengenali-Mu dan dirinya sediri adalah landasan segala ilmu pengetahuan.
Bapa Tuhanku,
Janganlah Kau pimpin anakku di jalan yang mudah dan lunak, tetapi tuntunlah dia di jalan yang penuh hambatan dan godaan, kesulitan dan cabaran. Biarkan anakku belajar untuk tetap berdiri di tengah badai dan sentiasa belajar untuk mengasihi mereka yang tidak berdaya. Ajarilah dia berhati halus dan bercita-cita tinggi, sanggup meimpin dirinya sebelum mempunyai kesempatan untuk memimpin orang lain.
Berikanlah hamba anak-anak yang mengerti makna ketawa dan gembira tanpa melupakan arti tangis. Anak-anak ku yang mencipta masa depan yang cerah, namun tidak pernah melupakan masa lampau yang suram.
Bapa Tuhanku,
berikanlah ia kerendahan hati, agar ia insaf akan kesederhanaan dan keagungan Bapa Tuhanku, pada sumber kearifan , kelemah lembutan dan kekuatan yang sempurna.
Pada akhirnya Bapa Tuhanku, andai kau memakbulkan doaku ini, aku sebagai bapaknya dengan puas membisikkan padaMu, hidupku ini adalah tidak sia-sia.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar